Monday, January 10, 2011

Teknologi Inokulasi Nano (Nano Allergy Stress Strain)


Penghasilan resin atau teras gaharu daripada pokok gaharu tidak begitu difahami oleh sebahagian besar masyarakat. Belum tentu pokok gaharu sebesar dua pemeluk orang dewasa mempunyai teras yang banyak. Ini kerana pokok tersebut masih sihat dan tidak menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit/stres yang dialami. Resin gaharu terbentuk biasanya kerana reaksi imunisasi atau antibodi pokok terhadap kecederaan akibat serangan bakteria atau fungi. Sebagai hasil dari luka pada pohon (serangan bakteria atau fungi), resin dibentuk dikenali sebagai resin gaharu. Pokok Gaharu yang sihat tidak akan menghasilkan teras atau resin gaharu sebagai hasil tanpa ada kecederaan fizikal melalui gangguan atau stres. Pokok Gaharu mempunyai kekebalan atau antibodi yang cukup kuat untuk melawan penyakit. Dengan menggunakan teknologi baru dalam teknologi inokulasi, kini boleh memendekkan tempoh pokok gaharu untuk menghasilkan resin gaharu.
Kaedah Teknologi Nano Allergic Stress - Strain (NASS) merupakan teknologi yang terbaru dan telah terbukti keberkesananya serta telah menghasilkan resin atau teras dalam masa sesingkat 3 bulan hingga 18 bulan. Penemuan dan kajian telah dijalankan selama 8 tahun bagi menghasilkan bahan bagi tujuan suntikan pokok. NASS menggunakan ramuan daripada tumbuhan dan buah-buahan yang bersifat Asid Organic dan NASS dijamin BEBAS daripada bahan kimia sintetik buatan manusia yang merbahaya kepada kesihatan.
Resin atau damar( teras) yang berada didalam pokok biasanya mengandungi Terpenoid tetapi bagi pokok gaharu mengandungi Carbon( C15/C15 ). Manakala  resin gaharu mengandungi Sesguiterpene. Kerana itulah resin gaharu mengeluarkan bau dan aroma yang berbeza dengan aroma tumbuhan lain. Sesguiterpene mengeluarkan bauan yang halus, manis dan bermutu tinggi. Cecair NASS ini dapat menyerap kedalam tisu xilem dan floem dengan kadar yang cepat diantara 3-10 minit. Ini adalah disebabkan cecair NASS adalah seperti air minuman dan mempunyai molekul yang halus. Tisu xilem ini akan membantu membawa cecair NASS keseluruhan tisu pokok tersebut.

Teknologi ini mengambil masa yang amat singkat iaitu 10 - 24 bulan bagi menghasilkan teras yang berkualiti dan bermutu. Jalinan pergerakan resin dapat dilihat dalam tempoh 45-60 hari sahaja. Kaedah tradisional biasanya dilakukan hanya sekadar menyakitkan pokok atau menyebabkan pokok menerima gangguan hanya pada tempat yang dipotong sahaja. Ini bermakna hanya tempat yang menerima gangguan sahaja mengeluarkan resin serta mengambil masa yang agak lama 10-50 tahun bagi mendapatkan gred teras yang berkualiti. Kaedah teknologi yang mengunakan bahan kimia sintetik sekarang ini banyak merosakkan pokok , pokok mati dan reput serta tidak dapat mengeluarkan teras seperti Teknologi NASS ini.

Teknologi NASS ini merupakan berita yang amat gembira bagi pengusaha ladang gaharu di Malaysia dan Asia Tenggara. Teknologi ini dapat memendekkan jangka masa pulangan diantara 5-7 tahun. Pokok yang mempunyai ukur lilit 40cm dan berusia 3 ½ - 4 tahun sudah boleh disuntik dengan NASS. Namun, pokok yang berusia 8 -10 tahun adalah usia yang amat sesuai bagi suntikan dan menghasilkan teras yang amat berkualiti dan nilai yang tinggi di pasaran.

Teknologi NASS dapat mengeluarkan kuantiti dan gred teras bergantung kepada saiz pokok tempoh rawatan. Pokok yang mempunyai ukur lilit 40cm (3 ½ - 4 tahun) dapat mengeluarkan 3 hingga 5 kg teras iaitu dari pangkal bawah , batang, dahan dan rating. Pokok yang berusia 8 - 10 tahun dapat mengeluarkan teras antara 8- 15 kg sepokok.
Pokok berusia 10 tahun yang tumbuh dalam kebun getah di Machang, Kelantan yang sudah disuntik dengan teknologi nano. Di dalam kebun ini berselerakan 600++ pokok gaharu liar yang berumur antara 5 - 70 tahun.
Hasil Teknologi NASS selepas 6 bulan disuntik
Hasil Teknologi NASS selepas 6 bulan disuntik
Hasil Teknologi NASS selepas 6 bulan disuntik
Hasil Teknologi NASS selepas 6 bulan disuntik
Hasil Teknologi NASS selepas 18 bulan disuntik

No comments:

Post a Comment