Monday, January 10, 2011

Gaharu Secara Ringkas


KelBru Resources
Lot 504, Kg Kubang Batang, 17000 Pasir Mas, Kelantan.


Kami menjalankan operasi sebagai sebuah syarikat yang cuba untuk membantu memberi khidmat nasihat kepada mereka yang ingin terlibat dalam industri gaharu sama ada sebagai penanam kecil-kecilan atau ladang. Antara aktiviti syarikat ialah :
  • penghasilan dan  penjualan anak benih gaharu.
  • agen pemasar Baja Pintar GBR Brunei.
  • khidmat nasihat teknik penanaman gaharu.
  • pengurusan ladang gaharu.
  • teknologi inokulasi nano (Nano Allergic Stress Strain).
  • pembekal pati minyak gaharu tulen Malaysia.

Pohon karas atau nama saintifiknya Aquilaria Spp. lebih dikenali sebagai depu, tengkaras dan gaharu. Terdapat 15 spesies Aquilaria boleh menghasilkan gaharu dan beberapa spesies ditemui di hutan Malaysia, Borneo, Indonesia, India, Bhutan, Kambodia, Vietnam, Thailand dan beberapa bahagian lain di Kalimantan. Antaranya ialah Aquilaria Hirta, Aquilaria Malaccencis, Aquilaria Beccariana, Aquilaria Rostrata, Aquilaria Microcarpa, Aquilaria Sub-Integra, Aquilaria Crassna dan juga spesis Hybrid. 
Aquilaria Subintegra
Aquilaria Malaccencis
Pada masa kini telah terbukti secara klinikal bahawa gaharu boleh digunakan sebagai ubat untuk masalah kesihatan seperti asma, jangkitan kulat, gangguan sistem saraf dan sistem pencernaan. Masyarakat China dahulu menggunakan gaharu dalam penyembuhan sakit perut, merangsang libido, pembunuh rasa sakit, kanser, diare, tersedak, ginjal, paru-paru dan lain-lain. Gaharu juga dilaporkan mempunyai potensi untuk menyembuhkan masalah kesihatan seperti kanser, tekanan diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung. Dahulu masyarakat Melayu tradisional menghasilkan karya seni dari pohon gaharu dan juga minyak wangi untuk didagangkan kepada pedagang Arab yang datang berdagang di Asia Tenggara. Hari ini pelbagai produk boleh dihasilkan dari gaharu seperti shampo rambut, losyen, toner, dan sabun, sedangkan daun gaharu boleh digunakan untuk membuat teh.

Teras atau resin gaharu dari pohon gaharu akan diambil selepas pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz tertentu. Gaharu sedia untuk diolah menjadi kepingan kayu kecil dan debu yang mana akan dinilai harganya mengikut saiz, bentuk, warna dan bau. Kemudian gaharu akan dijual kepada peruncit atau pengeksport. Malaysia, Indonesia dan India merupakan pengeluar utama minyak gaharu dan kepingan kayu gaharu selain Kemboja, Thailand, Vietnam, Laos dan Brunei. Singapura adalah pusat dunia atau hub untuk pasaran gaharu. Pengimport gaharu utama dunia adalah Arab Saudi, Yaman, Oman, Kuwait, UAE, Taiwan, China, Jepun, Korea Selatan, AS dan Eropah.

Di pasaran Malaysia, harga kayu gaharu adalah antara RM2000/kg sehingga RM25,000/kg. Minyak gaharu pula berharga antaraRM150 hingga RM700 untuk 12 ml (1 tola). Potongan kayu atau kayu ricih dijual mengikut gred dari RM5 hingga RM150/kg.

Akhir-akhir ini, penanaman gaharu telah diperkenalkan secara perladangan hutan di beberapa buah negara seperti Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Kejayaan konsep perladangan hutan bergantung pada kaedah inokulasi terhadap pohon Aquilaria yang akhirnya menghasilkan teras gaharu. Banyak teknik inokulasi telah dibangunkan dan menghasilkan pelbagai tahap kejayaan yang berbeza-beza.

Penanaman gaharu boleh dilakukan dalam kepadatan tinggi kerana pokok gaharu lebih memilih untuk hidup seperti kayu-kayu yang lain di hutan. Antara kaedah penanaman adalah seperti berikut:

  • 800 pokok ditanam dalam keluasan 1 ekar tanah. Jarak antara pokok yang dapat digunakan adalah 3 'X 3'. Mengikut kaedah ini, tanah akan dibersihkan sehingga menjadi seperti sebuah padang tanpa ada tumbuhan-tumbuhan lain. Kaedah ini tidak digalakkan kerana berlaku penebangan hutan secara total.
  • 500 pokok ditanam dalam keluasan 1 ekar tanah. Kaedah ini dipanggil perladangan hutan di mana pokok-pokok besar tidak ditebang. Hanya kawasan dengan pokok-pokok kecil dan semak dibersihkan. Jarak penanaman pokok gaharu bergantung kepada pokok-pokok besar yang sedia-ada di atas tanah tersebut. Kaedah ini juga amat membantu dalam pembesaran pokok gaharu yang ditanam kerana dapat memberi teduhan secara semulajadi.
  •  
Nurseri Anak Benih Gaharu
Pokok gaharu adalah antara spesis yang diancam kepupusan dan dilindungi di bawah Appendix II CITES (Convention on International Trade in Endangered Species Flora and Fauna). Ini kerana pokok gaharu semakin kehilangan habitat akibat dari pengambilan hasil gaharu yang berlebihan dari hutan dan juga akibat dari pemodenan. Prihatin dengan kesan ini menyebabkan gaharu dimasukkan sebagai salah satu spesies yang dilindungi di Perjanjian CITES Kerajaan Antarabangsa Dunia pada tahun 1973, yang menghasilkan resolusi perdagangan antarabangsa yang melibatkan spesies liar flora dan fauna tidak boleh mengancam habitat, dan perdangan tersebut mesti dilakukan dalam kuota tertentu.



    Team Gaharu Brunei
    Jawapan yang paling jelas untuk mengawal kepupusan pokok gaharu adalah dengan melaksanakan konsep perladangan hutan seperti yang kami cadangkan ini. Jika hal ini dapat diwujudkan, kita mampu meningkatkan populasi pohon gaharu yang kini diancam kepupusan kerana pencerobohan liar dan tidak terkawal.

    No comments:

    Post a Comment